KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus sempena sambutan Syawal.
Beliau menerusi hantaran di Facebook turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai masa bersama keluarga serta insan tersayang dalam meraikan Aidilfitri.
Advertisement
Pada masa sama, Ahmad Zahid mendoakan agar sambutan Syawal kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.
“Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada umat Islam, walau di mana jua berada,” katanya.
-- BERNAMA