KUALA LUMPUR: Seorang penyelia projek memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sentiasa menepati janji dan menjelaskan setiap bayaran kepada syarikat kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di Bagan Datuk.
Marlin Ahmad, 50, berkata sikap timbalan perdana menteri itu diberitahu oleh arwah abangnya, Allahyarham Sanusi Ahmad, selaku pengasas syarikat kontraktor, Sutida Enterprise yang mengendalikan projek berkenaan.
"Saya mengetahui hampir kesemua kerja atau projek yang arwah abang saya (Sanusi) lakukan adalah arahan daripada Datuk Seri (Ahmad) Zahid. Kebiasaannya arwah abang akan membuat dulu (kerja) arahan daripada Datuk Seri (Ahmad) Zahid tanpa meminta apa-apa bayaran pendahuluan.
"Ini kerana, Datuk Seri (Ahmad) Zahid seorang yang sentiasa menepati janji dan akan membayar hasil kerja daripada arwah abang. Arwah abang saya juga pernah memberitahu bahawa kadangkala Datuk Seri (Ahmad) Zahid akan membayar lebih kepada arwah abang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Ahmad Zahid yang diperintah membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Marlin berkata antara projek yang dilaksanakan oleh Sutida Enterprise di Bagan Datuk sejak 1999 ialah Rumah Anak Yatim Hamidiyah dengan kos RM1.14 juta, Masjid Seri Perkasa bernilai RM600,000, Surau Kampung Parit 25 Darat bernilai RM50,000 serta Dewan Hajah Tuminah menelan belanja RM450,000 dan projek terbaharu adalah pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi.
Menurut saksi pembelaan ke-13 itu, Ahmad Zahid tidak gemar sumbangannya diketahui pihak lain sehinggakan setiap pembinaan yang dilaksanakan oleh Sutida Enterprise tidak pernah dibuat notis atau papan tanda bahawa ia sumbangan Ahmad Zahid.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Seri Perkasa di Kampung Seri Perkasa Hutan Melintang, Bagan Datuk, Atan Sampol, 67, memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid sentiasa menjaga serta memberi perhatian kepada penduduk di Bagan Datuk khususnya anak yatim dan penduduk yang susah.
Atan berkata ahli Parlimen Bagan Datuk itu seorang yang amat pemurah serta dermawan dengan hampir kesemua masjid serta surau di daerah itu adalah daripada sumbangan peribadi Ahmad Zahid.
"Kos pembinaan (masjid) hampir RM600,000 itu adalah 100 peratus sumbangannya daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Masjid ini yang siap sepenuhnya pada 2006 dirasmikan pada 2008," katanya.
Saksi pembelaan ke-14 itu berkata bayaran bagi pembinaan masjid tersebut dibayar terus kepada kontraktor iaitu Allahyarham Sanusi yang telah meninggal dunia pada 2015 akibat penyakit kanser.
Atan yang merupakan ahli jawatankuasa masjid itu hampir 20 tahun, berkata antara sumbangan Ahmad Zahid kepada penduduk Bagan Datuk ialah menyumbang seekor lembu bagi setiap 50 masjid dan surau pada setiap kali Raya Haji.
Selain itu, Ahmad Zahid menyumbang 100 ke 200 bungkus makanan asas kepada Masjid Seri Perkasa pada bulan Ramadan serta memberi sumbangan RM100 bagi setiap 1,500 peserta tadarus al-Quran.
Selain itu, Pengerusi Surau An Nur Parit 25 Darat di Bagan Datuk, Mokhtar Tukol, 66, memberitahu mahkamah bahawa sepanjang mengenali Ahmad Zahid lebih 35 tahun semasa Ahmad Zahid baru menceburi bidang politik di Bagan Datuk, beliau (Ahmad Zahid) seorang yang sangat pemurah untuk menyumbang bagi tujuan kebaikan.
"Beliau (Ahmad Zahid) pernah menyatakan kepada saya secara peribadi bahawa apabila beliau berkemampuan dan mempunyai peluang, sudah tentu beliau akan menyumbang sebagai saham beliau di akhirat," kata saksi pembelaan ke-15 itu.
Menurut Mokhtar, Ahmad Zahid antaranya memberi sumbangan bagi pembinaan serta menambah baik Surau An Nur Parit 25, memberi sumbangan RM200 kepada ibu tunggal, anak yatim, keluarga daif, orang kurang upaya di Bagan Datuk menjelang Ramadan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 4 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) hadir untuk perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.