awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI perkukuh etika dan kecekapan media bahasa Cina - Teo

Bernama
Bernama
07/05/2025
20:15 MYT
AI perkukuh etika dan kecekapan media bahasa Cina - Teo
TEO: Kursus ini merupakan langkah penting dalam memperkasa pengamal media dengan ilmu serta kemahiran terkini dalam bidang AI. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kursus kewartawanan bukan sahaja berupaya meningkatkan mutu kerja, malah dapat memperkukuh amalan kewartawanan beretika, khususnya dalam kalangan pengamal media berbahasa Cina, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata kursus seumpama itu turut menyediakan platform penting untuk memastikan komuniti media Malaysia, terutamanya media berbahasa Cina, kekal relevan, tangkas dan kompetitif dalam landskap penyiaran moden yang semakin dinamik.
Teo berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutup Kursus AI untuk Media: Pelaporan dan Kandungan untuk Pengamal Media Bahasa Cina anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di sini.
"Kursus ini merupakan langkah penting dalam memperkasa pengamal media dengan ilmu serta kemahiran terkini dalam bidang AI," katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Sehingga 30 April lepas, IPPTAR telah menganjurkan 16 kursus melibatkan 742 peserta. Bagi tahun ini, IPPTAR menyasarkan pelaksanaan 80 kursus dengan penyertaan melebihi 1,500 peserta, termasuk 24 kursus berkaitan AI.
"Saya yakin, ilmu dan pendedahan yang diperoleh menerusi kursus ini akan memberi inspirasi kepada peserta untuk terus berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan menjadi ejen transformasi dalam organisasi masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#kursus kewartawanan
#kecerdasan buatan
#media bahasa Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami