awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan

Bernama
Bernama
05/07/2022
04:45 MYT
Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada hari Ahad serta Isnin (10 dan 11 Julai).
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan menerusi kenyataan hari ini berkata kerajaan negeri telah mewartakan 9 Zulhijjah iaitu pada 9 Julai 2022 sebagai hari kelepasan am sempena dengan hari wuquf di Arafah sebagaimana surat pemakluman pihaknya pada 13 Jan lepas.
"Berdasarkan hari wuquf tersebut, hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada hari Ahad serta Isnin (10 dan 11 Julai).
"Oleh itu, bertepatan dengan pemakluman surat berkenaan hari Selasa menjadi hari kelepasan am negeri Kelantan sebagai cuti gantian Hari Raya Korban hari raya kedua," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelepasan am
#Aidiladha
#hari wuquf
#Arafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan