awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Lebih 2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan

Bernama
Bernama
03/06/2025
08:53 MYT
Aidiladha: Lebih 2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan
Peningkatan trafik itu dijangka lebih tinggi berbanding musim perayaan Aidilfitri lalu, terutama membabitkan anak Kelantan yang pulang untuk bersama keluarga dan melaksanakan ibadah korban. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Lebih dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan umat Islam pada Sabtu ini, susulan kepulangan perantau ke kampung halaman.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata peningkatan trafik itu dijangka lebih tinggi berbanding musim perayaan Aidilfitri lalu, terutama membabitkan anak Kelantan yang pulang untuk bersama keluarga dan melaksanakan ibadah korban.
"Polis akan memberi tumpuan kawalan lalu lintas di lokasi utama termasuk jalan persekutuan, kawasan sempadan serta pusat bandar bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan sepanjang musim perayaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan Tahun 2025 bertajuk 'Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.
Antara laluan yang kerap mencatatkan kadar kemalangan tinggi ialah Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai serta Jalan Gua Musang-Jeli.
Polis turut mengenal pasti 41 lokasi 'hotspot' yang sering berlaku kesesakan lalu lintas serius dan rondaan akan dipertingkatkan di kawasan berkenaan sepanjang cuti perayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#kenderaan
#Kelantan
#balik kampung
#polis
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan