GUA MUSANG: Polis meningkatkan pemantauan di lima lorong tikus di kawasan sempadan daerah Gua Musang bagi mengelak cubaan perantau pulang menyambut Hari Raya Aidiladha.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, pihaknya bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan memasang penghadang besi bagi menutup lorong tikus.
Menurutnya, sebelum ini beberapa kali lubang yang digali telah ditimbus semula oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, penghadang besi itu dibina bagi mengelak cubaan untuk merentas negeri sama ada pulang menyambut raya di kampung atau pulang semula ke Kuala Lumpur melalui jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis.
"Jadi, kita minta pihak konsesi pasang palang besi bagi menghalang kenderaan mengelak dari melalui sekatan jalan raya (SJR) kita.
"Dan supaya mereka tidak menggunakan jalan pintas atau lorong belakang untuk melepasi SJR kita," katanya ketika ditemui melakukan tinjauan di kawasan lorong tikus di Kampung Tanah Putih pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Sik berkata, aliran trafik memasuki Kelantan melalui SJR Kampung Tanah Putih lancar, bahkan jumlah kenderaan juga berkurangan,
Katanya, kebanyakan pengguna jalan raya mematuhi arahan yang melarang aktiviti merentas daerah dan negeri.
Muhafandi Muhamad
Tue Jul 20 2021
Polis Gua Musang tidak mahu orang ramai mengelak melalui SJR dan mengikut lorong tikus untuk merentas daerah. - Astro AWANI
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.