awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Trafik lebuh raya utama bergerak perlahan akibat kemalangan, bas rosak

Bernama
Bernama
29/06/2023
10:44 MYT
Aidiladha: Trafik lebuh raya utama bergerak perlahan akibat kemalangan, bas rosak
Jurucakap PLUS Trafik memaklumkan di PLUS terdapat kemalangan di KM 155.3 arah utara di Jawi ke Bandar Cassia River, Pulau Pinang. - Gambar FB LLM
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan akibat berlakunya kemalangan dan kenderaan rosak, tetapi lancar pada Hari Raya Aidiladha, petang ini.
Jurucakap PLUS Trafik memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 155.3 arah utara di Jawi ke Bandar Cassia River, Pulau Pinang.
Insiden itu menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer, tetapi telah beransur pulih namun trafik masih bergerak perlahan.
"Terdapat juga kemalangan yang berlaku di KM264.5 arah selatan dari terowong ke Ipoh (U). Di KM263.4 arah utara dari Ipoh (U) pula, sebuah bas mengalami kerosakan hingga lorong kiri terhalang.
"Selain itu, kemalangan juga berlaku di KM258.7 arah utara dari terowong menuju Kuala Kangsar menyebabkan trafik sesak sejauh sembilan kilometer. Di KM 263.2 arah selatan dari terowong ke Ipoh (U), juga dilaporkan terdapat kemalangan tetapi trafik terkawal. Pandu berhati-hati," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), lancar setakat ini.
"Sebelum itu, trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Greenwood ke Plaza Tol Gombak arah timur. Hati-hati memandu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LLM
#PLUS Trafik
#hari raya aidiladha
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan