awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini

Bernama
Bernama
03/03/2025
23:00 MYT
Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini dalam usaha memenuhi keperluan perjalanan sempena sambutan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini dalam usaha memenuhi keperluan perjalanan sempena sambutan Aidilfitri.
KTMB dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, perkhidmatan tambahan itu melibatkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral serta dua perjalanan bagi laluan KL Sentral - Butterworth - KL Sentral.
“Langkah ini diambil bagi menampung permintaan tinggi susulan tiket perkhidmatan tren ETS sedia ada telah habis dijual.
“Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan dengan jumlah keseluruhan 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna,” menurut kenyataan itu.
KTMB memaklumkan, tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual hari ini (4 Mac) bermula pukul 10 pagi.
Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#tiket tambahan ETS
#KTMB
#Perkhidmatan Tren Elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan