awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Bernama
Bernama
08/04/2024
10:35 MYT
Aidilfitri: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 4 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan menjelang perayaan Aidilfitri. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 4 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan menjelang perayaan Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.
Beliau berkata Lebuhraya PLUS dilaporkan sesak ke utara di Rawang menghala Sungai Buaya, Tapah menghala Gopeng, Juru menuju Perai dan Seberang Jaya ke Sungai Dua.
"Sementara arah Selatan sesak di Kempas menghala Pasir Gudang dan di LPT2, kesesakan dilaporkan berlaku di Plaza Tol Kuala Terengganu.
"Trafik juga sesak di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di Kota Kemuning menghala Hicom dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Puchong Jaya menuju Jalan PJS," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata trafik di kebanyakan lebuh raya lain masih terkawal.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#lebuh raya utama
#perlahan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan