awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri bertukar pilu apabila dua rumah terbakar

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
17/06/2018
05:14 MYT
Aidilfitri bertukar pilu apabila dua rumah terbakar
Antara rumah yang terbakar di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu malam tadi. - Astro AWANI
Keriangan sambutan Aidilfitri dua keluarga di Kampung Kuala Bekah di sini, bertukar pilu apabila rumah mereka rentung.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Menurut mangsa, Khairuddin Husin, 36 tahun, dia sedang berhari raya di rumah ibunya yang berdekatan ketika kejadian.
Seketika kemudian, adiknya memberitahu bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan disambar api.
Khairuddin segera mengarahkan ahli keluarganya seramai 14 orang untuk menyelamatkan diri.
"Kami tengah tengok TV dan makan nasi. Kemudian adik yang sedang duduk di atas rumah tu turun… dia kata api dah besar di atas. Saya naik atas tengok api dah memang besar, kemudian turun bawah balik dan keluarkan semua anak-anak, ayah dan emak.
"Tak sampai setengah jam, api dah melarat besar. Api datang dari atas tapi saya tak tahu dari mana puncanya," katanya.
Anggota bomba memeriksa keadaan rumah yang terbakar di Kampung Kuala Bekah di Kuala Terengganu malam tadi. - Astro AWANI
Anggota bomba memeriksa keadaan rumah yang terbakar di Kampung Kuala Bekah di Kuala Terengganu malam tadi. - Astro AWANI
Bagi jiran rumah sebelahnya, Jara Abdul Rahman, 75 tahun, dia yang tinggal bersama anaknya pulang ke kampung sejak tiga hari lalu untuk menyambut Aidilfitri.
Jara yang sedang berehat hanya menyedari rumahnya terbakar selepas mendengar jeritan penduduk yang turut membantu menyelamatkanya.
"Ada orang suruh saya bangun. Saya kata saya nak pergi selamatkan barang tapi dia kata jangan, nanti mati. Lepas tu dia pimpin saya turun dari rumah sambil meminta tolong dari orang lain," ujarnya.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan, Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saiful Anuar Alwi berkata, 20 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu dan Jalan Kota serta tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian pada jam 8.46 malam.
"Antara dua rumah yang terbakar, satu rumah terbakar 100 peratus manakala rumah sebelahnya 70 peratus.
"Namun semua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tiada yang tercedera," katanya.
Tambahnya, pihak bomba mengambil masa 17 minit untuk mengawal kebakaran.
Punca kebakaran serta taksiran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#kampung kuala bekah
#kebakaran
#Kuala Terengganu
#rumah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan