awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara - Alexander

Bernama
Bernama
02/04/2024
05:40 MYT
Aidilfitri: Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara - Alexander
Alexander berkata arahan itu berkuat kuasa bermula semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata arahan itu berkuat kuasa bermula semalam.
"Cuma untuk kerja-kerja kecemasan, kita akan benarkan sekiranya ada keperluan. Rancang perjalanan anda sepanjang musim perayaan nanti," katanya dalam hantaran di Facebook.
Sebelum ini, Alexander memaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang dikenal pasti berlaku kesesakan kritikal bagi memastikan aliran trafik lebih lancar pada sambutan perayaan itu.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pula menjangkakan sebanyak 2.1 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu pada 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April ini susulan cuti hari raya, berbanding 1.82 juta pada waktu puncak hari biasa.
Peningkatan pengguna lebuh raya itu juga susulan pemberian kemudahan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) selama dua hari pada 8 dan 9 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#KKR
#Hari Raya Aidilfitri
#kerja selenggara jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan