awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: KPDN jamin bekalan kelapa mencukupi

Bernama
Bernama
26/03/2025
14:00 MYT
Aidilfitri: KPDN jamin bekalan kelapa mencukupi
Rohaida semasa tinjauan mesra sempena pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2025 peringkat Perlis di Pasar Besar Sena hari ini. - Gambar Bernama
KANGAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis memberi jaminan bekalan kelapa di negeri itu mencukupi bagi kegunaan sepanjang musim Aidilfitri.
Pengarah KPDN Perlis Rohaida Hassan berkata masalah bekalan kelapa di negeri ini hanya berlaku pada minggu pertama Ramadan, namun kembali pulih selepas pemborong berjaya memperoleh bekalan dari Indonesia selain Sabah dan Sarawak.
"Bekalan kelapa insya-Allah mencukupi untuk raya ini yang menjadikan bekalan santan segar akan sentiasa ada. Sekarang harga santan antara RM17 hingga RM17.50 sekilogram di Perlis dan kita akan pantau supaya harganya tidak naik hingga RM20 sekilogram," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025 peringkat Perlis di Pasar Besar Sena di sini hari ini.
Rohaida berkata sebanyak 37 penguat kuasa KPDN Perlis akan memantau harga barangan dari semasa ke semasa sepanjang Aidilfitri dan pengguna diminta membuat aduan sekiranya mendapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang berkaitan skim harga itu.
Beliau berkata menerusi tinjauan hari ini, pihaknya mendapati peniaga di Pasar Besar Sena mematuhi pelaksanaan skim harga terbabit selain pematuhan tanda harga, malah terdapat peniaga yang menjual barangan pada harga rendah berbanding harga maksimum ditetapkan.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kpdn
#musim perayaan
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan