awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Tiada krisis bekalan minyak masak, sayuran, ayam - Salahuddin

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/04/2023
10:53 MYT
Aidilfitri: Tiada krisis bekalan minyak masak, sayuran, ayam - Salahuddin
Salahuddin berkata, setakat ini tiada krisis kekurangan bekalan ketara dilaporkan. - Gambar fail
SEBERANG JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi dan bahan mentah lain di pasaran tempatan mencukupi sehingga perayaan Aidilfitri.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini tiada krisis kekurangan bekalan ketara dilaporkan meskipun pihaknya menerima aduan berhubung kekurangan minyak peket di beberapa kawasan dalam masa tertentu.
Beliau berkata, sebanyak 60,000 metrik tan minyak masak dibekalkan setiap bulan dan beliau yakin ia mencukupi bagi menampung keperluan pengguna
"Dia ada isu kadang-kadang... tempat yang shortage (kekurangan bekalan) itu peniaga tiada ECOSS (Skim Penstabilan Harga Minyak Masak)... yang keduanya mungkin ada isu kredit antara peruncit dan pemborong.
"Itu kes terpencil, tapi kalau berlaku ,serta-merta boleh adukan dan kita akan bertindak dengan cepat untuk memulihkan bekalan," katanya.
Salahuddin berkata demikian kepada media ketika ditanya berhubung rungutan pengguna yang masih sukar mendapatkan minyak masak peket bersubsidi.
Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Program Bakul Rahmah bersama Petronas Dagangan Berhad di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Jumaat.
Mengulas lanjut, katanya bekalan lain antaranya ayam, telur ayam dan sayur-sayuran juga mencukupi.
"Setakat ini berdasarkan fakta-fakta yang kita terima, khususnya daripada Jabatan Pertanian, bekalan ayam, telur, sayur-sayuran termasuklah bekalan minyak masak bersusidi adalah mencukupi," katanya.
Dalam masa sama, Salahuddin berkata, pihak KPDN akan terus berkoloborasi dengan beberapa kementerian berkaitan untuk mengatasi isu berkaitan bekalan secara berhemah termasuk mengatasi isu orang tengah bagi membolehkan pengguna mendapat harga lebih berpatutan.
Topic Berkaitan
#hari raya
#bekalan minyak masa
#kpdn
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan