awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MMA gesa Parlimen beri tumpuan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan
Rakyat Malaysia disaran buat persediaan rapi bercuti ke Hat Yai
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AIM salur lebih RM1 bilion pembiayaan 6 bulan pertama tahun ini - Ewon

Bernama
Bernama
01/09/2025
12:15 MYT
AIM salur lebih RM1 bilion pembiayaan 6 bulan pertama tahun ini - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu RM178.14 juta telah disalurkan kepada 30,288 usahawan di Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BELUD: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1.48 bilion kepada 317,260 usahawan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu RM178.14 juta telah disalurkan kepada 30,288 usahawan di Sabah.
"Bagi kawasan Kota Belud, AIM menyalurkan pembiayaan sebanyak RM15.57 juta melibatkan 1,935 usahawan manakala di Kadamaian sahaja sebanyak RM3.4 juta disalurkan kepada 1,312 usahawan.
"Saya berharap pembiayaan ini dapat diteruskan untuk menyokong usahawan informal dan usahawan kecil di seluruh negara," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Mini Karnival Sahabat Usahawan AIM di sini hari ini.
Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian cek cura pembiayaan AIM berjumlah RM15.57 juta kepada Cawangan Kota Belud. Turut hadir Pengarah Urusan AIM Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz.
Ewon berkata setakat ini Sabah mencatatkan bilangan Sahabat AIM tertinggi iaitu 52,680 orang, termasuk 3,570 Sahabat AIM Cawangan Kota Belud.
Sementara itu, mengenai mini karnival tersebut beliau berkata ia sangat penting sebagai platorm mengeratkan silaturahim sesama Sahabat AIM selain menggalakkan usahawan kecil membudayakan pembayaran secara digital.
Karnival itu turut dimeriahkan dengan Jualan MADANI anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang menawarkan potongan harga hingga 20 peratus bagi barangan keperluan harian, selain pertandingan busana tradisional terbaik, dan pertandingan masakan tradisional Hinava.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Sahabat AIM yang berjaya merancakkan ekonomi mikro di daerah itu, serta mengiktiraf usaha AIM membantu wanita luar bandar keluar dari kemiskinan dan membina kejayaan sebagai usahawan kecil
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah Ikhtiar Malaysia AIM
#pembiayaan
#enam bulan pertama
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan