Air Borneo utamakan penambahbaikan sistem - Lee

Lee bersama Ketua Pegawai Eksekutif Air Borneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, melihat jadual penerbangan pesawat AirBorneo semasa meninjau operasi syarikat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Syarikat Penerbangan AirBorneo kini mengutamakan penambahbaikan dalam sistem operasinya serta penyampaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang lancar bagi memastikan kesalinghubungan udara yang boleh dipercayai terutama di Sarawak dan Sabah.
Ringkasan AI
- AirBorneo fokus pada penambahbaikan sistem operasi dan perkhidmatan udara luar bandar untuk kesalinghubungan udara yang dipercayai di Sarawak dan Sabah.
- Syarikat ini kini mengendalikan 35 Sistem Penerbangan Penumbang (PSS) yang berfungsi lancar, walau beberapa proses masih manual.
- AirBorneo sedang meningkatkan kemudahan kepada penumpang termasuk perancangan untuk kemudahan daftar masuk dalam talian serta menawarkan diskaun kepada warga emas di Sarawak dan Sabah.
Beliau berkata AirBorneo juga berusaha meningkatkan kemudahan kepada penumpang termasuk perancangan untuk memperkenal kemudahan daftar masuk dalam talian sebagai sebahagian daripada penaiktarafan sistem yang sedang dijalankan.
"Bagi warga emas berusia 60 dan ke atas, mereka layak menikmati diskaun sebanyak 50 peratus di bawah perkhidmatan RAS di Sarawak dan Sabah.
"Ketika ini, daftar masuk bagi penumpang warga emas dikendalikan secara manual atau mereka boleh menghubungi pusat panggilan, dengan pilihan dalam talian akan diperkenal pada masa hadapan," katanya.
Lee juga berkata Air Borneo akan memfokus kepada menstabilkan perkhidmatan sedia ada sebelum mengembangkannya kepada operasi serantau yang masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia serta pematuhan keperluan industri penerbangan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


