awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Air mula surut, LPT2 selamat digunakan'- KP Terengganu

Faida Rahim
Faida Rahim
18/12/2022
07:30 MYT
'Air mula surut, LPT2 selamat digunakan'- KP Terengganu
Pihak LPT bersama jurutera sedang memeriksa lokasi di sekitar cerun yang dilimpahi air.- Foto DS Hasmeera Hassan
KUALA TERENGANU: Lebuhraya Laluan Pantai Timur 2 (LPT 2) selamat untuk dilalui memandangkan air mula surut berikutan banjir kilat pagi tadi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa memberitahu Astro AWANI pihak LPT 2 sedang dalam proses meneliti keadaan cerun berhampiran lebuh raya terkesan.
“Ini merupakan kejadian pertama di LPT 2. Buat masa ni masih boleh dilalui kedua-dua arah, pihak LPT bersama jurutera sedang memeriksa lokasi di sekitar cerun yang dilimpahi air.
“Sekiranya masalah berlarutan atau semakin buruk, laluan alternatif akan diaktifkan bagi kerja pembersihan jalan dan penambahbaikan saliran air sementara dijalankan,” katanya.
Kredit: DS Hasmeera Hassan
Kredit: DS Hasmeera Hassan
Kredit: DS Hasmeera Hassan
Kredit: DS Hasmeera Hassan
Dalam video berdurasi 16 saat yang tular di laman media sosial, menunjukkan limpahan air yang turun daripada cerun berdekatan LPT 2 memenuhi laluan lebuh raya tersebut namun kenderaan masih boleh melepasi kawasan Ajil.
Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan telah memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS.
Topic Berkaitan
#Pantai Timur
#LPT2
#Datuk Rohaimi Md Isa
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan