KUALA LUMPUR: Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri pantai barat Semenanjung dinasihatkan supaya lebih berwaspada, berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu.
Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), antara kawasan yang berisiko tinggi adalah Kuala Muda di Kedah, Bagan Datuk (Perak), Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor, serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.
"Walaupun fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding November lepas, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.
"Keadaan tersebut akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai," demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Justeru, orang ramai diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Walaupun fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil, keadaan akan jadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat. - Gambar fail
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada
Orang ramai terutama penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada Ahad dan Isnin.
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, ia akan menyebabkan banjir yang berlaku pada masa akan datang lebih buruk.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang
Penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari.
Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh
Seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.