awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Mangsa banjir di Changkat Jong bertambah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/11/2021
15:30 MYT
Air pasang besar: Mangsa banjir di Changkat Jong bertambah
Kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap. - Foto ihsan APM
TELUK INTAN: Bilangan mangsa banjir di Changkat Jong meningkat kepada kepada 21 orang malam ini, berbanding lapan orang pada Ahad malam.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak, mereka terdiri daripada lapan keluarga dari tiga kawasan.
Katanya, tiga kawasan itu ialah Lorong Kedah, Lorong Sidang Osman dan Kampung Baru Batu 8.
“Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut jurucakap itu, banjir berpunca daripada limpahan air dari Sungai Sungkai, Sungai Sungkai Hidup dan Sungai Sungkai Mati selepas berlaku hujan lebat di kawasan Sungkai, semalam.
Katanya, banjir juga disebabkan air pasang besar, yang menolak kembali aliran air ketiga-tiga sungai berkenaan, menyebabkannya melimpah ke kawasan rendah.
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Changkat Jong
#mangsa banjir
#Hilir Perak
#Sungkai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan