awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor tempa nama sebagai ahli rangkaian Utiliti Utama Dunia

Bernama
Bernama
14/05/2025
07:15 MYT
Air Selangor tempa nama sebagai ahli rangkaian Utiliti Utama Dunia
Air Selangor menjadi pengendali perkhidmatan air pertama Malaysia diterima dalam rangkaian Leading Utilities of the World (LUOW) di Global Water Summit (GWS) 2025 di Paris.
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menempa nama sebagai pengendali perkhidmatan air pertama Malaysia diterima masuk dalam rangkaian Leading Utilities of the World (LUOW) menerusi penyertaannya di Global Water Summit (GWS) 2025 di Paris.

Ringkasan AI
  • Air Selangor menjadi pengendali perkhidmatan air pertama Malaysia diterima dalam rangkaian Leading Utilities of the World (LUOW) di Global Water Summit (GWS) 2025 di Paris.
  • Projek Digital Twin di Loji Rawatan Air Semenyih 2 disenarai pendek untuk kategori Projek Air Terbaik Tahunan di Anugerah Air Global 2025, menunjukkan impak positif teknologi canggih dalam operasi rawatan air.
  • Projek ini meningkatkan kecekapan operasi rawatan air dengan pengeluaran purata 100 juta liter air sehari dan kecekapan meningkat sehingga 20%, menetapkan standard baharu dalam industri.

Air Selangor menerusi kenyataan hari ini memaklumkan sidang kemuncak selama tiga hari bermula Isnin itu menghimpunkan pemimpin dunia, penggubal dasar dan pakar industri air global dalam usaha menangani cabaran serta memacu pengurusan sumber air yang mampan.
Selain itu Projek Digital Twin di Loji Rawatan Air Semenyih 2 turut disenarai pendek bagi kategori Projek Air Terbaik Tahunan di Anugerah Air Global 2025 anjuran Global Water Intelligence (GWI), sekali gus mengukuhkan lagi profil Air Selangor di peringkat dunia.
"Anugerah ini disampaikan setiap tahun sempena GWS bagi mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi dalam industri air global serta memberi tumpuan kepada projek yang menyumbang kepada kelestarian dan keberkesanan operasi," menurut kenyataan itu.
Air Selangor memaklumkan projek itu mempamerkan impak positif penggunaan teknologi canggih dalam operasi rawatan air, dan gabungan pemantauan masa nyata, analisis ramalan serta operasi automatik membolehkan loji tersebut beroperasi dari mula hingga tamat dengan keperluan intervensi manusia minimum.
"Dengan pengeluaran purata 100 juta liter air sehari serta peningkatan kecekapan sehingga 20 peratus yang disasarkan, projek ini menetapkan standard baharu dalam kecekapan dan kebolehpercayaan sistem rawatan air," menurut kenyataan itu.
Air Selangor memaklumkan projek itu diiktiraf bersama nama besar industri seperti Loji Rawatan Modular Anabu di Filipina, O Casal Water Treatment Plant (WTP) di Sepanyol dan Projek Pengembangan Yiwu No. 3 WTP di China.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata penyertaan dalam LUOW dan pencalonan projek itu adalah pengiktirafan kepada usaha syarikat mendigitalkan perkhidmatan air selain menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
"Penyertaan dalam platform global seperti GWS membolehkan kami untuk sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan menerusi penggunaan teknologi inovatif serta amalan terbaik, seiring dengan visi kami untuk menyediakan perkhidmatan air yang mampan dan berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#LUOW
#Leading Utilities of the World
#Global Water Summit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami