awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air sungai bertukar hijau, pengarah, pengurus kilang ditahan

Bernama
Bernama
01/12/2021
05:41 MYT
Air sungai bertukar hijau, pengarah, pengurus kilang ditahan
Dua lelaki iaitu pengarah berumur 50-an dan pengurus berumur 35 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 4 petang semalam. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menahan pengarah dan pengurus sebuah kilang penyaduran logam di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, untuk membantu siasatan susulan kejadian Sungai Selangkah yang bertukar menjadi warna hijau baru-baru ini.
Pengarahnya, Dr Mohd Famey Yusoff berkata dua lelaki iaitu pengarah berumur 50-an dan pengurus berumur 35 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 4 petang semalam.
Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung keadaan sungai itu pada Isnin lepas dan pemeriksaan susulan oleh JAS Cawangan Pasir Gudang mengesan pelepasan efluen berwarna hijau dari longkang kilang itu.
"Siasatan di dalam kawasan sistem rawatan efluen di kilang terbabit mendapati ia mengalami banjir dengan air berwarna hijau.
"Justeru, Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dikenakan untuk menghentikan punca air bewarna hijau itu dan pihak kilang diarahkan mengambil tindakan pembaikan dan pembersihan sewajarnya," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Mohd Famey berkata persampelan efluen juga telah dijalankan dan sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Beliau berkata dua individu itu ditahan mengikut Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS) untuk siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sungai hijau
#pencemaran sungai
#Pasir Gudang
#JAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan