awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia beri penjelasan kepada PAC 28 April ini - Nur Jazlan

Bernama
Bernama
08/04/2014
00:05 MYT
AirAsia beri penjelasan kepada PAC 28 April ini - Nur Jazlan
Datuk Nur Jazlan Mohamed - Gambar Fail
AirAsia akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 28 April ini.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sesi penjelasan AirAsia adalah perlu bagi memastikan laporan yang disediakan oleh PAC adil.
"Ketika Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberikan penjelasan kepada PAC pada 1 April lepas, nama AirAsia banyak disebut," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 di Bangunan Parlimen di sini pada Isnin.
Minggu lalu, PAC selepas mendengar penjelasan daripada MAHB menyifatkan tiada unsur ketirisan yang menyebabkan peningkatan kos dan kelewatan pembinaan KLIA2.
Laporan sebelum ini menyebut AirAsia enggan berpindah dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke KLIA2, kerana bimbang terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut Sabtu lalu mengatakan AirAsia perlu berpindah ke KLIA2 seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Nur Jazlan
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan