Jabatan Imigresen mendakwa punca kesesakan luar biasa orang awam di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang kelmarin adalah disebabkan oleh pengurusan syarikat penerbangan AirAsia.
Ketua Pengarahnya Datuk Aloyah Mamat berkata kesesakan berlaku disebabkan keengganan AirAsia berpindah ke terminal baharu di KLIA2 pada Jumaat lepas dan mahu kekal di LCCT sehingga 9 Mei manakala syarikat penerbangan lain telahpun berpindah.
Katanya Jabatan Imigresen bersama agensi-agensi lain telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pihak penerbangan yang terlibat berhubung jangkaan kesesakan jika agensi-agensi kerajaan terpaksa beroperasi di kedua-dua lapangan terbang iaitu di LCCT dan di KLIA2.
"Pada masa yang sama kerana pegawai Imigresen terpaksa dipecahkan kepada dua kumpulan dan berdasarkan arahan pembukaan KLIA2 pada Jumaat lepas, sebahagian pegawai Imigresen yang bertugas di LCCT serta peralatan telah dipindahkan ke KLIA2," katanya.
Beliau berkata sebelum pembukaan KLIA2, jumlah kaunter imigresen yang beroperasi di LCCT adalah sebanyak empat kaunter dan tiga 'autogate' bagi warga tempatan dan 22 kaunter untuk pelawat asing.
Aloyah berkata disebabkan jabatan itu beroperasi di kedua-dua terminal, kaunter pemeriksaan Imigresen bagi kaunter pelawat asing di LCCT dikurangkan kepada 11 kaunter sahaja.
Katanya secara keseluruhannya, 60 peratus pegawai Imigresen masih kekal di LCCT untuk menguruskan penumpang daripada penerbangan AirAsia dan hanya 40 peratus sahaja dipindahkan ke KLIA2.
Sehubungan itu, beliau berharap perkhidmatan kaunter Imigresen dapat beroperasi sepenuhnya dan akan kembali seperti biasa serta dapat mempertingkatkan kemudahan tanpa menjejaskan pemeriksaan dan kawalan negara selepas semua penerbangan beroperasi di KLIA2 pada Jumaat ini.
Beberapa portal berita dan laman sosial kelmarin melaporkan kesesakan di kaunter Imigresen di LCCT yang menyebabkan ramai penumpang terpaksa menunggu untuk tempoh lama.
Bernama
Mon May 05 2014
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika melawat KLIA2. --Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.