KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Airbnb telah bertindak mengeluarkan akaun pengendali sebuah inap desa di Sabah sementara menunggu siasatan susulan dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dinding di mana mereka menginap.
Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Amanpreet Bajaj dalam e-mel kepada Bernama berkata pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.
"Meskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami telah memberikan sokongan kepada tetamu kami," katanya.
Amanpreet mengulas laporan Bernama pada Ahad lepas yang menyebut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dnding di sebuah inap desa di mana mereka menginap.
Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC negeri dan agensi berkaitan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan itu yang didedahkan di platform media sosial Xiaohongshu, yang berpangkalan di Shanghai, pada 14 Sept lepas sebelum dikongsi oleh portal berita tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Airbnb berkata, pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku. - Gambar fail
LIMA’25: Bermula dengan aksi udara mengagumkan oleh TUDM
Persembahan udara yang dimulakan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM dan tiga pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula secara rasmi hari ini.
LIMA'25: PM Anwar rasmi segmen maritim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merasmikan segmen Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang diadakan di Resort World Langkawi.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Malaysia seru dunia Islam proaktif bentuk hala tuju teknologi global
Malaysia berpendirian dunia Islam perlu mengambil pendekatan proaktif dalam membentuk hala tuju teknologi sejagat khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Agenda AWANI: Pemilihan PKR 2025 | Hiruk vs Damai, Yang Mana Jadi Pilihan?
Pemilihan PKR 2025 dilihat semakin panas. Namun antara 'Hiruk VS Damai' adakah ini menandakan krisis kepimpinan masa depan dalam PKR? Atau ia sebagai satu proses kematangan politik dan bukti demokrasi dalam parti yang sihat? Diskusi 8.30 malam
LIMA'25: Platform pengukuhan kerjasama diplomatik dan pertahanan
LIMA 2025 bukan sahaja medan pameran teknologi, tetapi juga platform membina kerjasama startegik yang berimpak tinggi.
Tampil dengan format baharu, babitkan enam siri GP
CelcomDigi STL 2025 akan membuka tirai dengan STL divisyen 1 di Stadium Sukpa, Pahang.
Universiti bukan lagi tempat selamat?
Gangguan seksual- bukan isu yang kecil. Apakah mekanisme sedia ada benar-benar melindungi mereka?
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
JPN ambil serius siasatan EAIC, gariskan lima tindakan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil serius hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan menggariskan lima tindakan yang akan dan sedang diambil susulan hasil siasatan itu.
Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
Pemandu lori yang terlibat menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Selasa atas pertuduhan memindahkan harta curi, iaitu dua ekor lembu, bulan lalu.

PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan di Pasir Mas dan Tumpat
PGA menggagalkan cubaan menyeludup masuk tanaman hiasan dari negara jiran selepas menahan dua lori berasingan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Pasir Mas dan Tumpat, Ahad lepas.

Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.

Bilik hotel kurang, benar AirBNB operasi: MBI sedia bincang dengan MyBHA
Pertemuan itu juga penting dalam memberi pencerahan berhubung isu kekurangan bilik hotel bagi menampung pengunjung ke Ipoh.

Airbnb keluarkan akaun pengendali inap desa didakwa sembunyi kamera dalam soket dinding
Airbnb berkata, pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.

MOTAC jalankan penyelidikan perkukuh garis panduan industri pelancongan
MOTAC memaklumkan, tindakan itu bertujuan membangunkan industri pelancongan yang mampan memandangkan ia merupakan salah satu kuasa utama dalam ekonomi negara.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

Bagaimana untuk 'eat well and spend less' ketika cuti inap - Edisi snek
Inap desa tidak menyediakan sajian makan pagi, sebaliknya anda sendiri perlu masak kerana terdapat fasiliti seperti dapur disediakan.

Airbnb sediakan tempat tinggal percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan
Menurut CEO Airbnb Brian Chesky, inisiatif tersebut akan dibiayai oleh syarikat perkhidmatan penyewaan itu.

Rumah agam Shah Rukh Khan dijadikan rumah penginapan
Rumah agam milik aktor ternama Bollywood, Shah Rukh Khan dan pasangannya Gauri di New Delhi, India bakal dijadikan rumah penginapan.

Kerajaan akan seragam segera peraturan, cukai hotel dan Airbnb
Katanya, tidak dinafikan, pemain industri hotel menanggung beban kesan pandemik COVID-19 lebih tinggi berbanding Airbnb yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan.

Airbnb syor insentif pelancongan diperluas kepada hos STRA
Airbnb memuji tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa insentif khusus di bawah pakej rangsangan ekonomi.