awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajal langgar belakang lori

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2024
08:50 MYT
Ajal langgar belakang lori
Gambar insiden kemalangan membabitkan penunggang motosikal di Jalan Rawang Bypass menghala ke Selayang, pada Selasa tular di media sosial. -Foto Sinar Harian
GOMBAK: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar bahagian belakang lori di Jalan Rawang Bypass menghala ke Selayang, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian itu pada jam 9.13 pagi.
"Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 28 tahun menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha R15 dari arah Serendah menghala ke Selayang.
"Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa tercampak ke atas jalan.
"Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Selayang.
"Mayat dibawa ke forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat," ujarnya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#Jalan Rawang Bypass
#langgar belakang lori
#lelaki warga tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan