NATIONAL
Ajal langgar lori berhenti turap jalan

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori berhenti turap jalan. -Foto ihsan Pembaca
SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang sedang menjalankan kerja penurapan jalan di Jalan Zaaba, berhadapan Pusat Perabot Klass Italia di sini awal pagi Jumaat.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut selepas motosikalnya merempuh belakang lori yang sedang menjalankan kerja penurapan jalan di Jalan Zaaba.
- Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar lori, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
- Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang sedang berhenti untuk menjalankan kerja penurapan jalan.
"Akibatnya mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6033394 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami