awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajaran sesat di Perak berasal dari negeri jiran - Ketua Polis Perak

Bernama
Bernama
13/02/2022
04:16 MYT
Ajaran sesat di Perak berasal dari negeri jiran - Ketua Polis Perak
Mior Faridalathrash ketika ditemubual media sempena Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA KANGSAR: Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti berlaku di Perak, disyaki berasal dari negeri jiran dan bertapak di daerah Muallim, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.
"Ada satu kumpulan yang kita kenal pasti di (daerah) Muallim, kumpulan ini sebenarnya bergerak dari negeri jiran kemudian mereka membuat penempatan di Muallim," katanya tanpa mendedahkan nama negeri jiran tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dengan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion di sini hari ini.
Mior Faridalathrash bagaimanapun berkata pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan itu kerana siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Khamis lepas, polis mengesan kegiatan ajaran sesat di Perak berdasarkan video yang tular sebelum ini namun tidak mendedahkannya secara terperinci kerana masih dalam siasatan.
Pada Januari lepas, seorang lelaki memuat naik video secara penstriman langsung menerusi laman Facebook miliknya mendakwa kononnya berlaku perhimpunan ulama serta kemunculan Imam Mahdi di Sabah serta menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Kuala Kangsar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#Ketua Polis Perak
#Muallim
#Mior Faridalathrash
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan