KUALA LUMPUR: Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn.
Beliau berkata Akaun Fleksibel itu menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek ahli dana persaraan itu dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
Sehubungan itu, mulai 11 Mei, 2024, akaun ahli di bawah usia 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga kemudahan iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing kekal dalam Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan sewaktu persaraan; Akaun Sejahtera (bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan) manakala Akaun Fleksibel bermula dengan baki sifar.
"Bagi tempoh 11 Mei-31 Ogos, 2024, ahli yang berusia di bawah 55 tahun akan diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera (sebelumnya Akaun 2) sebagai jumlah permulaan Akaun Fleksibel.
"Jika ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai jumlah permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera," kata KWSP dalam kenyataan hari ini.
Bagi ahli yang membuat pilihan menyertai kemudahan Akaun Fleksibel, peruntukan ke dalam akaun baharu adalah berdasarkan kepada pecahan masing-masing 75 peratus untuk Akaun Persaraan, 15 peratus ke dalam Akaun Sejahtera dan 10 peratus bagi Akaun Fleksibel.
Sebelum ini, caruman ahli KWSP dimasukkan ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 iaitu masing-masing 70 peratus ke Akaun 1 dan baki 30 peratus dalam Akaun 2.
"Kami menggalakkan ahli untuk tidak berbuat demikian (pilihan bagi Akaun Fleksibel) kerana adalah penting untuk menabung demi usia persaraan.
"Namun kami juga faham bahawa fleksibiliti itu adalah sesuatu yang diinginkan dan dari semasa ke semasa dan simpanan itu perlu diakses untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka," kata Ahmad Zulqarnain pada sesi taklimat bersama pengarang media, sebelum pengumuman hari ini.
Malah, beliau berkata inisiatif itu bukan setakat menjadi reaksi KWSP terhadap keperluan semasa, tetapi turut berperanan sebagai langkah proaktif bagi membantu ahli menangani perubahan landskap pekerjaan serta demografi penduduk.
Menurutya, sekiranya semua ahli KWSP memilih kemudahan Akaun Fleksibel, jumlah dana yang akan dipindahkan ke dalam Akaun Fleksibel mencecah RM57 bilion dengan jumlah pengeluaran tahun pertama dianggarkan RM25 bilion.
Tiada impak ke atas portfolio pelaburan KWSP
Selain itu, Ahmad Zulqarnain turut memberi jaminan bahawa kemudahan akaun baharu itu tidak akan memberi impak terhadap portfolio pelaburan dana persaraan berkenaan.
Bagi tujuan perbandingan, jumlah pengeluaran ketika pandemik sebelum ini yang mencecah RM145 bilion.
"Senario semasa (bagaimanapun) adalah berbeza dengan ketika pandemik dan portfolio kami juga kini jauh lebih besar," katanya.
Melangkah ke hadapan, pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dianggarkan berjumlah RM4 bilion hingga RM5 bilion setahun, kata Ahmad Zulqarnain.
Jelasnya, dividen kekal sama bagi ketiga-tiga akaun berkenaan, namun akan berubah di masa-masa akan datang sebagai aset cair yang tidak mengundang kadar faedah atau dividen lebih tinggi.
Pengeluaran Akaun Fleksibel
Kalangan ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.
Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel juga boleh dibuat menerusi dalam talian melalui i-Akaun KWSP atau di mana-mana cawangan di seluruh negara, katanya.
Pendaftaran i-Akaun itu adalah digalakkan bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.
Selain itu bagi Akaun 55 dan Akaun Emas yang menyamai amalan sedia ada, semua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55.
"Caruman baharu ahli mulai usia 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Mulai 11 Mei, 2024, akaun ahli di bawah usia 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga kemudahan iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. - Foto Astro AWANI
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
Ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.