awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhirnya... Boleh tambah nilai kad Touch 'n Go guna eWallet

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/01/2021
01:04 MYT
Akhirnya... Boleh tambah nilai kad Touch 'n Go guna eWallet
Tiada lagi tambah nilai kad TnG dikaunter, sebaliknya boleh menambah nilai secara dalam talian menggunakan aplikasi TNG eWallet. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pengguna kad Touch 'n Go sebelum ini meluahkan rasa kecewa selepas hampir semua lebuh raya menutup operasi tambah nilai kad tersebut di plaza tol.
Keputusan itu menyebabkan banyak pihak merasakan kesukaran untuk menambah nilai di kaunter atau pondok yang disediakan.
Menyedari perkara itu, Touch 'n Go Sdn Bhd (TnG) tampil dengan dua pengumuman baharu pada Jumaat.
Pengumuman pertama ialah, tiada lagi tambah nilai kad berkenaan di mana-mana kaunter, sebaliknya boleh menambah nilai secara dalam talian menggunakan aplikasi TNG eWallet.
Perkara itu bagaimanapun akan bermula pada akhir tahun ini.
Selain itu, TnG turut memansuhkan surcaj parkir yang dikenakan apabila pengguna menggunakan kad TnG ketika memasuki kawasan tempat letak kenderaan menjelang suku pertama tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Effendy Shahul Hamid berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira pandangan dan maklum balas pengguna.
"Kami dengar apa yang pelanggan mahukan. Pelanggan ingin menambah nilai kad menggunakan eWallet, kami cuba lakukan.
"Pelanggan tidak mahu bayaran letak kenderaan tambahan, kami akur," katanya yang dipetik menerusi laporan portal berita The Star.
Dalam pada itu, Effendy menambah, pihaknya juga dalam penelitian untuk memansuhkan kadar caj fi sebanyak 50 sen yang dikenakan pengguna ketika menambah nilai di lokasi terpilih.
Topic Berkaitan
#tol
#tambah nilai
#Touch n Go
#tng
#ewallet
#dalam talian
#pengguna jalan raya
#parking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan