Peti besi di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, yang dikatakan tidak pernah dibuka sekian lama berjaya dibuka.

Difahamkan, dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman itu.

Menurut sumber, peti besi lama keluarga itu tidak dapat dibuka sebelum ini kerana kuncinya telah hilang.

"Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai," katanya, enggan mengulas lannjut.

BACA: Tukang kunci dipanggil untuk buka peti besi di rumah Najib

Bagaimanapun, difahamkan jumlah wang tunai itu masih belum dapat dipastikan.