Seorang lelaki warga Sri Lanka cedera di leher dan kemaluan, dipercayai dikelar dan ditikam oleh isterinya sendiri dalam kejadian awal pagi Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 12.36 tengah malam itu, mangsa yang berumur 40 tahun, cedera parah setelah ditikam dan dikelar dengan pisau dalam bilik di sebuah rumah kedai yang mereka sewa di Meru, Jelapang di sini.
Cemburu dipercayai menjadi punca wanita warga Sri Lanka itu bertindak nekad berbuat demikian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dijumpai orang awam di hadapan Hotel Cute, Meru di sini.
Menurutnya, anggota polis bersama pasukan forensik Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang tiba di tempat kejadian mendapati kesan darah bermula dari atas tilam di dalam bangunan kedai yang mereka sewa.
“Tompokan darah dilihat bermula dari tilam hingga ke luar bangunan di tempat kejadian.
“Senjata yang disyaki telah digunakan dalam kejadian telah diperolehi di mana sebilah dijumpai berdekatan tempat kejadian dan disyaki pisau tersebut telah cuba dibersihkan,” katanya di sini.
Mohamad Nordin berkata, pemeriksaan litar kamera tertutup (CCTV) yang berdekatan juga tiada kelibat pergerakan orang luar dan hanya nampak mangsa berlari keluar dari tempat kejadian seorang diri dan isteri berada di dalam tempat kejadian tersebut.
Menurutnya, mangsa masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Usaha sedang dijalankan untuk mengesan suspek dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 12 2019

Cemburu dipercayai menjadi punca wanita warga Sri Lanka itu bertindak nekad berbuat demikian. - Foto PDRM

Rundingan nuklear Iran menunjukkan perkembangan positif
Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araghachi mendedahkan rundingan nuklear negara itu dengan kuasa dunia menunjukkan perkembangan baik.

Rundingan Nuklear | Iran dedah rundingan catat perkembangan positif
Perkembangan rundingan Nuklear Iran. Timbalan Menteri Luar Iran Abbas Araghachi mendedahkan rundingan dengan kuasa dunia menunjukkan perkembangan baik. Beliau turut beri bayangan, pihak terlibat sudah mula menyediakan draf untuk kenyataan bersama.

Kes Fitnah | Bekas polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan lewat malam Jumaat kerana dipercayai memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang. Suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan, di sebuah rumah di Alor Setar, Kedah selepas terkait dengan penyebaran artikel bertajuk ‘Kumpulan Kartel Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman’ yang tular di media sosial.

COVID-19 | Nilai R-Naught meningkat 1.19
Kadar Kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di Malaysia masih lagi menunjukkan peningkatan pada kadar 1.19 pada Sabtu dan peningkatan ini adalah berbanding 1.18 hari sebelumnya. Negeri yang mencatatkan R-Naught tertinggi setakat Sabtu adalah Kelantan dengan 1.32.

COVID-19 | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif
Tujuh orang pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah disahkan positif COVID-19, pada Sabtu. Mereka terdiri daripada enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, memaklumkan siasatan bagi mengenalpasti kluster jangkitan wabak berkenaan masih lagi berjalan.

ASEAN | Ketua junta Myanmar dijangka menghadiri sidang
Ketua junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing dijangka menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN di Indonesia pada 24 April ini. Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata Brunei sebagai Pengerusi ASEAN telah mencadangkan 24 April untuk diadakan mesyuarat itu yang dijadualkan berlangsung di Ibu Pejabat ASEAN di Jakarta.

Pengampunan | Junta tentera bebaskan 23,000 tahanan
Sementara itu, junta Myanmar mengampuni dan membebaskan lebih dari 23,000 tahanan sempena cuti tahun baru. Bagaimanapun, ia tidak jelas jika pengampunan itu termasuk aktivis pro-demokrasi yang ditahan selepas Kudeta pada Februari.

Vaksin COVID-19: Anwar Ibrahim terus tekan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan untuk memberi respon kepada kenyataan yang mendakwa bekalan vaksin di Malaysia rendah.

Rapid Kemunting | Kerajaan negeri runding sambung semula operasi
Kerajaan negeri Perak akan berunding dengan syarikat Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mengenai kemungkinan untuk meneruskan perkhidmatan bas Rapid Kamunting. Syarikat berkenaan umum tamatkan khidmat bas berkenaan bulan hadapan.

PKPD | Di beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan & Sabah
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan dan Sabah berkuatkuasa hari ini. Ia akan dilaksanakan sehingga 1 Mei.

Bayi perempuan ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemukan ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini malam tadi.

Pecah pintu masuk bank di Kulai, suspek warga Indonesia ditahan
Tok Beng Yeow berkata, anggota dari Balai Polis Kulai menahan lelaki tersebut di bandar ini pada jam 9.30 malam.

Pelaku 'dedah' perbuatan rosak replika bot
Usaha pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengesan individu yang merosakkan replika bot di Kuantan Art Street di sini berhasil selepas pelakunya sendiri 'tanpa sedar' mendedahkan perbuatan itu,

Dua lelaki direman bantu siasatan insiden panah anjing hingga mati
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

2 suspek kes panah anjing sehingga mati ditahan
Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian memanah seekor anjing sehingga mati di Kampung Berjaya, dekat Alor Setar ditahan polis petang tadi.

Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati
Kelihatan imej suspek melakukan aksi panah muncul dalam kamera CCTV dan senjata yang digunakan ialah busar panah dan anak panah.

Perkasa sempadan negara dengan aset berteknologi tinggi - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, kerajaan akan meningkatkan jumlah pos-pos kawalan sempadan sedia ada.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Rangka manusia reput ditemui dalam semak
Polis Daerah Brickfields menerima laporan pada 1.42 tengah hari semalam.

Tragedi Tanjong Pagar: Rakaman CCTV tunjuk wanita berlari masuk ke dalam kereta terbakar
Kereta BMW M4 putih yang terlibat dalam nahas tersebut dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat sebelum merempuh sebuah rumah kedai.