KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang.
Suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 malam semalam, di sebuah rumah di Alor Setar, Kedah selepas terkait dengan penyebaran artikel bertajuk ‘Kumpulan Kartel Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman’ yang tular di media sosial.
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata suspek menerusi artikelnya mendedahkan nama pegawai dan anggota polis JSJ yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa, melindungi, bersekongkol selain menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang.
Beliau berkata penularan maklumat terlibat telah dibuat secara meluas selain menimbulkan keraguan dan kegusaran masyarakat berikutan dakwaan salah laku tersebut.
“Suspek juga membuat tohmahan bahawa pegawai dan anggota turut terlibat dalam beberapa sindiket jenayah terancang seperti geng Nicky Liow, Addy Kanna, Wan Padang Besar, Pak Su Bukit Kayu Hitam dan Tiger 99,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, empat laporan polis dibuat oleh empat pegawai polis yang namanya didedahkan dalam artikel berkenaan.
Huzir berkata pada masa sama, pihaknya membuka empat kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengesan, menahan dan mendakwa mana-mana individu terlibat dalam penyebaran isu berbentuk fitnah itu.
“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek yang juga bekas Inspektor sebelum ini telah dijatuhkan hukuman pengawasan selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ).
“Suspek ditahan semasa Operasi Mualang yang dilaksana bahagian Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Gangsterisme JSJ Bukit Aman bagi mencegah kegiatan kongsi gelap di sekitar Klang,” katanya.
Selain itu, suspek juga dikesan pernah membuat beberapa tohmahan sebelum ini terhadap pegawai dan anggota polis bahagian tersebut.
Huzir berkata hasil siasatan mendapati tindakan suspek dipercayai kerana marah dan tidak berpuas hati, selain menyimpan dendam terhadap pasukan siasatan D7 yang telah mengambil tindakan kepadanya sehingga diberhentikan kerja.
“Polis dalam masa sama turut merampas komputer riba, telefon bimbit dan beberapa barangan lain yang kemudiannya dihantar ke makmal forensik PDRM untuk dianalisa.
“Orang awam diminta untuk menghentikan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas, selain tidak menyebarkan isu ini di mana-mana saluran atau media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata penularan maklumat terlibat telah dibuat secara meluas selain menimbulkan keraguan dan kegusaran masyarakat berikutan dakwaan salah laku tersebut. - BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.