Seorang lelaki maut dipercayai bergelut dengan rakan sebiliknya di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Melur, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 30-an dipercayai bergaduh dengan suspek selepas minum bersama.

Perang mulut dipercayai bertukar ganas dan mangsa dijumpai rebah di ruang tangga di tingkat atas rumah sewa mereka.

Polis mengambil keterangan beberapa penyewa bagi mendapatkan butiran kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.