KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), antara jalan utama akan ditutup sempena larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022 pada Sabtu (12 Nov) dan Ahad (13 Nov) ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata acara larian bertaraf antarabangsa itu, dijangka menarik penyertaan kira-kira 20,000 peserta dari dalam dan luar negara, melibatkan empat kategori iaitu 5 kilometer (km), 10km, 'half marathon' (21km) dan 'full marathon' (42km).
"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan membuat penutupan dan lencongan bagi jalan-jalan terlibat dengan larian, bermula 3 pagi (12 Nov). Penutup dan pembukaan semula jalan akan dilakukan berperingkat dan dijangka dibuka sepenuhnya sekitar 11 pagi Ahad," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Jalan yang akan ditutup pada Sabtu (12 Nov) bagi 5km dan 10km adalah Jalan Raja di Dataran Merdeka bermula 12 tengah malam, manakala Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang (pusat bandar), Jalan P. Ramlee dan Jalan Kuching menuju Bulatan Dato Onn akan ditutup pada 5.30 pagi.
Jalan Parlimen bagi kedua-dua arah; Jalan Kinabalu menuju Bulatan Dato Onn; Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah; dan Bulatan Hishammuddin ke Jalan Raja akan ditutup 6 pagi.
Jalan yang akan ditutup jam 3 pagi pada Ahad (13 Nov) bagi 21km dan 42km adalah bulatan Dato Onn ke Jalan Tun Perak/Jalan Raja Laut; Jalan TAR ke Jalan Tun Perak; Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak; Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato Onn; dan Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka.
Selain itu, Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail; Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah utara dan selatan; Jalan Sultan Abdul Aziz dari arah Sentul ke Jalan TAR; Jalan Pahang dari Bulatan Pahang ke Jalan TAR; Jalan Raja Muda Abd Aziz dari Chow Kit ke persimpangan Jalan Raja Abdullah.
Jalan Raja Abdullah kedua-dua hala hingga Jalan Sultan Ismail; sepanjang Jalan Sultan Ismail bagi kedua-dua hala; Jalan P. Ramlee ke Jalan Pinang dan Jalan Raja Chulan; Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak; Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang; dan Jalan Perak ke Jalan P. Ramlee dan ke Jalan Sultan Ismail.
Beliau berkata turut ditutup ialah Jalan P. Ramlee ke Jalan Ampang; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari Bulatan Kampung Pandan; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari arah Institut Jantung Negara (IJN); Jalan Ampang dari arah Ampang ke KLCC; dan Jalan Ampang Hilir ke Jalan Ampang ke Jelatek.
Selain itu, turut ditutup jam 3 pagi ialah dari Persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razaksehingga ke persimpangan Jalan Jelatek; dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah MasjidNegara.
Lebuhraya AKLEH dan DUKE akan ditutup jam 11 malam (12 Nov) manakala jalan yang ditutup jam 5.30 pagi (13 Nov) ialah Jalan Kuching menuju ke Cheras (kenderaan dilencongkan ke arah lebuhraya DUKE arah Ampang).
Jalan lain ialah Bulatan Segambut dari arah Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tuanku Abd Halim ditutup ke pusat bandar; Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah Masjid Negara.
Beliau menasihatkan orang ramai yang menyertai larian itu untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Rapid bas.
Orang Ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungiBalai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau layari laman sesawang Facebook Polis Kuala Lumpur dan JSPT Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022

Acara larian bertaraf antarabangsa itu, dijangka menarik penyertaan kira-kira 20,000 peserta dari dalam dan luar negara. - Gambar hiasan/ Pixabay

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Perarakan Hari Wesak di Pulau Pinang, ini senarai jalan ditutup esok
Beberapa jalan akan ditutup di kawasan George Town esok bagi memberi laluan kepada perarakan Hari Wesak peringkat Pulau Pinang yang dijangka dihadiri lebih 25,000 pengunjung.

GFNY 2023: Beberapa jalan di ibu negara ditutup Ahad ini
Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan basikal Grand Fondo New York (GFNY) 2023.

Perarakan Thaipusam di Ipoh, ini senarai jalan ditutup, lencongan
Polis mengumumkan penutupan serta lencongan beberapa jalan di Bandaraya Ipoh sempena sambutan perayaan Thaipusam dari 3 hingga 7 Februari ini.

Jalan Benta-Jerantut dan ke Lepar Utara ditutup kepada semua kenderaan berat
Dua laluan utama di daerah Jerantut ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan seberat di bawah satu tan mulai hari ini.

Banjir: 3 jalan di Kota Tinggi ditutup untuk kenderaan ringan
Sebanyak tiga jalan di daerah Kota Tinggi telah ditutup untuk kenderaan ringan kerana dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Pengusaha hotel di Batang Kali, pekerja Genting Highlands resah jalan ditutup setahun
Batang Kali disifatkan sebagai 'bandar RnR' untuk orang ramai singgah sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur atau utara.

46 jalan masih ditutup di Terengganu akibat banjir
Sebanyak 46 jalan di empat daerah di Terengganu masih ditutup kepada sebarang kenderaan susulan kejadian banjir yang melanda sejak 17 Disember lepas.

Banjir Terengganu: Besut lumpuh, terputus hubungan - Bomba
Keadaan banjir di Besut kini semakin buruk dengan semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup kerana ditenggelami air.

Jalan ditutup akibat banjir di Kelantan
Kebanyakan jalan sudah ditutup sementara beberapa jalan dibuka dengan satu lorong.

Banjir: Jalan utama menghubungkan Pantai Timur masih boleh dilalui - Polis
Jalan utama yang menghubungkan Terengganu, Kelantan dan Pahang masih boleh dilalui walaupun banjir, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.