Skip to main content

Malaysia

Akmal Nasir jumpa Arm bincang hala tuju semikonduktor negara

 merealisasikan cita-cita radikal Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) kita seperti yang digariskan dalam RMK13
Akmal Nasir (kanan) mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi syarikat teknologi global, Arm, bagi membincangkan perkembangan kerjasama sedia ada dan hala tuju baharu dalam sektor semikonduktor negara. - Gambar Facebook Akmal Nasir

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi syarikat teknologi global, Arm, bagi membincangkan perkembangan kerjasama sedia ada dan hala tuju baharu dalam sektor semikonduktor negara.

Menurut Akmal, pertemuan itu amat signifikan berikutan perkembangan industri semikonduktor kebelakangan ini yang dilihat mencabar dan memerlukan perhatian serius, khususnya dalam usaha Malaysia merealisasikan aspirasi di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Advertisement

Beliau turut mengakui timbul rasa bimbang sebelum sesi pertemuan itu berlangsung, memandangkan banyak perkara kritikal perlu diperhalusi bagi memastikan Malaysia mampu memperkukuh kedudukan dalam rantaian nilai global, terutamanya di peringkat front end.

“Secara jujurnya dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, saya agak bimbang untuk berhadapan dengan mereka, khususnya untuk berbincang tentang kerjasama sedia ada demi merealisasikan cita-cita radikal NSS,” katanya.

Pertemuan tersebut, jelas Akmal, berlangsung dalam suasana terbuka dan berterus terang, dengan kedua-dua pihak menilai semula kemajuan kerjasama yang telah dijalankan setakat ini.

Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa butiran lanjut hasil perbincangan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Must Watch Video