Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir menafikan beliau memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai pemergian menteri itu ke luar negara.
Dalam kenyataan pembelaannya yang dihantar kepada media hari ini, Akmal berkata kenyataan beliau berhubung dana itu dibuat di bawah perlindungan bersyarat kerana kata-kata yang beliau ucapkan bertujuan menyuarakan isu kepentingan awam serta yang menjadi kebimbangan orang ramai.
Dalam kenyataan yang difailkan semalam, Akmal berkata sebagai orang awam, beliau mempunyai tugas dari segi moral dan sosial untuk menyampaikan aduan, manakala orang ramai pula berminat untuk mendapatkan maklumat itu secara sah.
Katanya, beliau mengeluarkan kata-kata itu bagi menyuarakan pandangan dan komen orang ramai secara adil tentang suatu perkara kepentingan awam dan kenyataan yang beliau keluarkan itu adalah benar dan merupakan fakta.
Pada 19 November, Jamil Khir menyaman Akmal (atau Nasrullah Mohd Akmal Mohd Nasir), yang juga ketua publisiti PKR Johor, kerana memfitnah beliau ketika Akmal memberi kenyataan kepada media dan melalui laman sesawang NOW pada 13 November.
Mahkamah Tinggi menetapkan 12 Januari 2016 sebagai tarikh pengurusan kes.
Bernama
Tue Dec 29 2015
Akmal memberitahu kata-katanya itu bagi menyuarakan pandangan dan komen orang ramai secara adil. - Gambar fail
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
26,286 rumah bernilai RM18.3 bilion siap dibina tidak terjual - Akmal Nasir
Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 5.3 peratus dari segi jumlah unit berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
301 projek sakit libat 38,572 unit rumah selesai, pulih tahun ini
Sebanyak 301 projek perumahan swasta yang sakit atau terbengkalai melibatkan 38,572 unit kediaman berjaya diselesaikan dan dipulihkan pada tahun ini.
Dua PPR dirancang di Johor tahun ini, babitkan pembangunan 1,000 unit rumah
Perinciannya akan diumumkan setelah selesai urusan bersama dengan kerajaan negeri Johor tidak lama lagi.
Isu LCS: Pemimpin PKR buat laporan SPRM
Akmal memaklumkan laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam projek tersebut.
Skandal LCS: PKR buat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Latiff esok
Laporan itu akan menamakan Abdul Latiff sebagai seorang yang terkait dengan skandal LCS sepertimana disebut dalam beberapa siri laporan.
Kongres AMK PKR: Politik 'khemah besar' buang masa, percaturan sia-sia - Akmal Nasir
Akmal Nasir berkata, pendirian AMK jelas dan konsisten, selari dengan majoriti akar umbi parti yang tidak mahu PKR terus hanyut.
PRN Johor: AMK mahu enam kerusi, sedia bertanding di tempat sukar - Akmal Nasir
Enam kerusi bersamaan dengan 30 peratus daripada keseluruhan 20 kerusi yang diperuntukan untuk Keadilan.
'Dakwaan Azam Baki timbulkan kecurigaan serius' - AMK desak siasatan terperinci
Menurut Akmal, kenyataan media yang dibuat Azam dua hari lalu tidak melambangkan ketelusan yang sewajarnya oleh badan seperti SPRM.
Majoriti AMK Melaka isytihar hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasir, Prasanth Kumar
Kepimpinan Ketua AMK Malaysia didakwa lemah dan tidak efektif dalam mengemudi AMK di peringkat nasional dan negeri Melaka.
AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan kepada Akmal Nasir
Akmal disifatkan gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini.