awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS KLIA rampas gamat kering, susu tepung dan makanan haiwan

Bernama
Bernama
20/01/2026
15:05 MYT
AKPS KLIA rampas gamat kering, susu tepung dan makanan haiwan
AKPS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas gamat kering, susu tepung dan makanan haiwan menerusi pemeriksaan berasingan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Kargo KLIA, semalam. - Foto Facebook AKPS KLIA
SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas gamat kering, susu tepung dan makanan haiwan menerusi pemeriksaan berasingan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Kargo KLIA, semalam.

Ringkasan AI
  • Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas gamat kering, susu tepung, dan makanan haiwan di FCZ Kargo KLIA kerana diimport tanpa Permit Import MAQIS.
  • Gamat kering, susu tepung, dan makanan haiwan bernilai beribu-ribu ringgit dirampas disebabkan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • Siasatan dibuat mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 bagi kes pengimportan tanpa Permit Import MAQIS yang sah.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga konsainan komoditi keluaran pertanian itu diimport tanpa pematuhan Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) melibatkan gamat kering bernilai RM203.99, susu tepung (RM831.23) dan makanan haiwan (RM1,070.36).
"Gamat kering itu dirampas selepas pemeriksaan pada 9.38 pagi mendapati komoditi seberat empat kilogram (kg) itu diimport dari Korea oleh seorang individu tempatan tanpa disertakan Permit Import MAQIS yang sah," menurut kenyataan itu.
Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) berkaitan pengimportan tanpa Permit Import MAQIS yang sah.
Pemeriksaan pada 10.25 pagi pula merampas enam kilogram (kg) susu tepung kerana didapati mengemukakan Permit Import MAQIS yang mengelirukan sekali gus menimbulkan keraguan terhadap pematuhan keperluan pengimportan yang ditetapkan, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 13 akta sama.
AKPS memaklumkan rampasan enam kg makanan haiwan yang diimport tanpa Permit Import MAQIS yang sah dibuat pada pukul 1.07 tengah hari dengan pemeriksaan mendapati ia diimport dari Portugal oleh sebuah syarikat berdaftar milik warga tempatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) akta sama kerana mengimport keluaran pertanian tanpa Permit Import MAQIS yang sah.
AKPS memaklumkan akan terus memperkukuh penguatkuasaan dan pemantauan di pintu masuk negara bagi memastikan semua pengimport mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS KLIA
#Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan
#makanan haiwan
#rampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan