awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa 6.4 magnitud landa semenanjung Kamchatka, Rusia
Malaysia kecam serangan terbaru Israel di Gaza, nyatakan pencabulan gencatan senjata
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS patah cubaan bawa masuk 50 tan daging babi sejuk beku

Bernama
Bernama
22/01/2026
14:15 MYT
AKPS patah cubaan bawa masuk 50 tan daging babi sejuk beku
Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemeriksaan mendapati kontena mengandungi daging babi bernilai RM660,137 itu berasal dari Sepanyol yang merupakan antara 14 negara dilarang pengimportan bahan itu. - Foto BERNAMA
PELABUHAN KLANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mematahkan cubaan membawa masuk hampir 50 tan daging babi sejuk beku dari negara yang dilarang menggunakan dua kontena di Pelabuhan Barat di sini, pada Selasa lepas.

Ringkasan AI
  • AKPS mematahkan cubaan membawa masuk hampir 50 tan daging babi sejuk beku dari Sepanyol dengan nilai RM660,137 melalui Pelabuhan Barat.
  • Rampasan ini adalah kejayaan kedua dalam seminggu setelah hampir 27 tan daging babi dari Belgium bernilai RM495,740 disita kerana dokumen pengimportan tidak lengkap.
  • AKPS sedang mengesan lokasi kemasukan anak babi (suckling pig) ke Malaysia kerana kebimbangan terhadap pematuhan peraturan import serta risiko kesihatan awam.

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemeriksaan mendapati kontena mengandungi daging babi bernilai RM660,137 itu berasal dari Sepanyol yang merupakan antara 14 negara dilarang pengimportan bahan itu.
"Kontena itu dikesan lebih awal, iaitu pada peringkat dokumentasi sebelum pemeriksaan fizikal dijalankan oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), selain permit import syarikat tempatan yang mengimport daging itu telah tamat tempoh," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pengimportan daging itu bagi memenuhi pasaran tempatan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata rampasan itu merupakan kejayaan kedua dalam tempoh seminggu selepas hampir 27 tan daging babi dari Belgium bernilai RM495,740 disita pada 14 Jan, menjadikan jumlah rampasan dua kes tersebut lebih RM1 juta.
Walaupun Belgium antara negara yang dibenarkan, Mohd Shuhaily berkata rampasan dilakukan kerana dokumen pengimportan tidak lengkap.
Selain itu, beliau juga memaklumkan pihaknya giat mengesan lokasi kemasukan suckling pig atau anak babi ke Malaysia susulan kebimbangan terhadap pematuhan peraturan import serta risiko kesihatan awam.
"Saya dimaklumkan oleh pembekal daging babi bahawa negara kita tidak mengeluarkan produk suckling pig dan juga tiada kelulusan untuk mengimportnya masuk," katanya.
Mohd Shuhaily berkata siasatan dibuat susulan maklumat kemunculan produk itu di pasaran tempatan pada musim perayaan tersebut.
Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan suckling pig dan daging babi secara tidak sah kepada AKPS atau agensi berkaitan untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#patah cubaan seludup
#daging babi sejuk beku
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan