awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS patah cubaan seludup daging dan ayam sejuk beku bernilai RM1.3 juta di Pasir Gudang

Bernama
Bernama
29/09/2025
11:50 MYT
AKPS patah cubaan seludup daging dan ayam sejuk beku bernilai RM1.3 juta di Pasir Gudang
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Pasir Gudang berjaya mematahkan cubaan membawa masuk daging dan ayam sejuk beku tanpa permit bernilai kira-kira RM1.3 juta pada 17 hingga 24 Sept lepas. - Foto AKPS
JOHOR BAHRU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Pasir Gudang berjaya mematahkan cubaan membawa masuk daging dan ayam sejuk beku tanpa permit bernilai kira-kira RM1.3 juta pada 17 hingga 24 Sept lepas.
AKPS dalam kenyataan memaklumkan tiga kontena berisi daging tanpa permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan sijil kesihatan yang cuba diseludup masuk itu, ditahan ketika pemeriksaan berasingan dilakukan pada 10 pagi di Pelabuhan Pasir Gudang.
"Kontena pertama ditahan pada 17 Sept mengandungi 27,816 kilogram (kg) daging babi sejuk beku dari Amerika Syarikat, Poland dan Vietnam dengan nilai anggaran RM898,919," menurut kenyataan itu.
Pada 18 Sept dan 24 Sept pula, AKPS turut menahan kontena membawa masing-masing 26,856 kg dan 26,136 kg keratan ayam sejuk beku dari Thailand bernilai RM228,276 dan RM222,156.
Kenyataan itu menyebut bahawa tindakan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
AKPS memandang serius perkara ini dan akan terus memperketat penguatkuasaan di semua pintu masuk bagi menjamin keselamatan makanan dan produk pertanian yang keluar masuk negara selain memastikan pematuhan peraturan ditetapkan kerajaan.
--BERNAMA
TAG: AKPS, MAQIS, daging, babi, ayam sejuk beku
Topic Berkaitan
#AKPS
#cubaan seludup
#daging dan ayam sejuk beku
#Pelabuhan Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan