awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi 'drift' di parkir Stadium Batu Kawan, pempengaruh TikTok ditahan

Bernama
Bernama
07/07/2025
11:15 MYT
Aksi 'drift' di parkir Stadium Batu Kawan, pempengaruh TikTok ditahan
Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi. - Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang pempengaruh TikTok kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi "drift" di kawasan tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, di sini tengah malam tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang pempengaruh TikTok berusia 26 tahun ditahan polis kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi "drift" di tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
  • Suspek ditahan pada jam 12.20 tengah malam oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan; semakan mendapati beliau pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aksi berbahaya yang boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain dan semakan mendapati lelaki tersebut pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.
"Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah turut membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya yang boleh mengundang risiko kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pempengaruh TikTok
#aksi drift
#Stadium Batu Kawan
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan