Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang digubal untuk memperkemas tindakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti menyalahi undang-undang di sempadan darat negara akan berkuat kuasa Jumaat, 29 Dis.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, tarikh penguatkuasaan akta itu yang ditetapkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN dibuat berdasarkan subseksyen 1(2) Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799].
“Penggubalan akta ini juga memberi punca kuasa bagi penubuhan sebuah agensi khusus dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang bertanggungjawab untuk mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara,” menurut kenyataan itu.
Melalui akta itu, fungsi Aksem telah diperluas bagi melaksanakan kawalan di kawasan sempadan darat negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Fungsi ini membolehkan Aksem melaksanakan operasi sehingga ke garis persempadanan negara bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.
“Ini akan dapat memperkukuhkan lagi tahap kawalan keselamatan yang pada masa ini dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am, (PGA), PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.
KDN menjelaskan bahawa agensi-agensi yang membentuk Aksem melibatkan keanggotaan lima agensi sedia ada iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
“Peruntukan dalam akta ini juga membenarkan mana-mana pegawai awam lain dilantik bagi menyertai Aksem mengikut keperluan,”katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2017
Aksem berperanan memperkemas tindakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti menyalahi undang-undang di sempadan darat negara. - fotoBERNAMA
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Pembubaran Aksem tidak beri kesan negatif kepada kawalan sempadan
Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini.
AKSEM dibubar, tugas diambil alih PDRM- Hamzah
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan dan tugas-tugas agensi berkenaan diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Op Benteng: Pengorbanan anggota keselamatan cegah jenayah rentas sempadan
Isu pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan daun ketum sering dikaitkan dengan pencerobohan sempadan negara.
RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.