awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
MALAYSIA
Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia
DUNIA
Iran umum penarikan semula sekatan internet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Akta Anti Diskriminasi Kaum: Tiada keperluan, disemak jika keadaan mendesak - Aaron

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/02/2025
04:47 MYT
Sponsor Banner
Akta Anti Diskriminasi Kaum: Tiada keperluan, disemak jika keadaan mendesak - Aaron
Aaron Ago Dagang memberitahu, sekiranya keadaan mendesak, undang-undang sedia ada boleh disemak bagi mengekang kenyataan atau ucapan berbaur provokasi. - Foto Japen
KUALA LUMPUR: Kerajaan berpandangan tidak ada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum pada ketika ini, sebaliknya memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Ringkasan AI
  • Kerajaan berpandangan tidak perlu menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi, sebaliknya cukup dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
  • Sekiranya keadaan mendesak, undang-undang sedia ada boleh disemak untuk mengekang kenyataan atau ucapan berbaur provokasi yang boleh memecahbelahkan masyarakat.
  • Kementerian Perpaduan telah menggerakkan anggota Rukun Tetangga sebagai orang tengah untuk menyelesaikan insiden kontroversi yang melibatkan seorang penjaja di Sepang, dengan kehadiran wakil pelbagai pihak.

Namun Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang memberitahu, sekiranya keadaan mendesak, undang-undang sedia ada boleh disemak bagi mengekang kenyataan atau ucapan berbaur provokasi dalam mengelak perpecahan masyarakat pelbagai kaum.
"Kementerian ini berpandangan tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum buat masa ini, dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
"Sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama boleh disiasat dan didakwa menerusi 10 peruntukan undang-undang dalam membendung perkara berkenaan termasuk melalui Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Namun demikian, sekiranya keadaan mendesak dan kerajaan berpandangan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula bagi tujuan mengekang sesetengah ucapan atau kenyataan hate speech atau perbuatan provokasi yang boleh memecahbelahkan masyarakat dengan sentimen perkauman, Kementerian akan menyokong penuh hasrat tersebut," katanya.
Kerajaan sedia semak undang-undang sedia ada jika keadaan mendesak
Beliau berkata demikian kepada soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sama ada suatu Akta Anti-Diskriminasi Kaum akan digubal untuk membendung gejala peristiwa perkauman yang kian melarat dalam kalangan pemimpin parti politik dan individu yang bersikap ekstremis dan rasis termasuk peristiwa terkini yang membabitkan seorang penjaja di Sepang, baru-baru ini.
Berhubung insiden penjaja jagung yang mencetus kontroversi itu, Aaron menjelaskan, kementeriannya sudah mengerakkan anggota Rukun Tetangga sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah itu.
Sesi permohonan itu katanya, turut dihadiri wakil masyarakat India, pempengaruh, wakil penduduk, wakil Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional dan polis.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan sebarang bentuk perbuatanyang boleh menimbukan perasaan tidak selesa, ketegangan atau salah faham dalam kalangan penganut agama, budaya dan kaum yang berbeza.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Akta Anti Diskriminasi
#Kementerian Perpaduan
#penjaja jagung
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami