KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan merangka peraturan dan membangunkan satu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) pada tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata akta berkenaan yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Okt dan diwartakan 18 Okt tahun lepas, merupakan antara tumpuan utama KPWKM bagi mengekang sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan masyarakat.
"Kita juga mahukan supaya program hebahan dan advokasi dapat dimulakan dengan kadar segera. Saya yakin KPWKM dan pihak media boleh bekerjasama rapat, untuk merealisasikan hasrat supaya segenap lapisan masyarakat mendapat kesedaran akan adanya akta ini dan kebaikannya," katanya ketika berucap pada program KPWKM Bersama Media 2023, di sini malam ini.
Mengulas mengenai peranan media, Nancy berkata ia mampu berperanan sebagai pihak yang membantu bagi membantu kerajaan untuk menyebarluaskan inisiatif kerajaan dan bertindak sebagai ejen pengubah bagi menyampaikan maklumat yang sahih khususnya kepada kumpulan sasar KPWKM.
"Dengan perkembangan teknologi yang membolehkan maklumat disebarkan dengan sangat cepat, hanya di hujung jari dan peningkatan penggunaan media dalam talian seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya, cabaran untuk mengurus persepsi masyarakat terharap kerajaan khususnya KPWKM, memerlukan kami semua bertindak lebih cepat dan responsif.
"Tetapi pada masa yang sama, aspek integriti dan kesahihan maklumat juga tidak boleh diabaikan terutamanya bagi isu-isu teknikal, yang melibatkan pelbagai akta dan peraturan," katanya.
Antara yang hadir dalam program berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

KPWKM akan merangka peraturan dan membangunkan satu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) pada tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri. - Gambar fail/BERNAMA

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Akta Antigangguan Seksual dikuat kuasa secara berperingkat bermula hari ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac).

Akta Antigangguan Seksual: KPWKM rangka peraturan, bangunkan tribunal - Nancy Shukri
KPWKM akan merangka peraturan dan membangunkan satu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) pada tahun ini.