Kerajaan menyifatkan Akta Hasutan 1948 masih relevan untuk dikekalkan.
Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah berkata, undang-undang itu penting untuk terus mengekalkan kestabilan keselamatan negara terutamanya dalam membabitkan isu-isu membabitkan hubungan antara kaum.
"Mengenai perbahasan yang menyentuh isu Akta Hasutan 1948, masih relevan dengan mengambil kira struktur masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa
"Penyebaran maklumat ataupun berita berunsur hasutan melalui media sosial yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan rakyat Malaysia boleh menjadikan keadaan ini jadi serius dan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya ketika sesi pengulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar itu bersetuju dengan cadangan Mohamed Nazri Abdul Aziz Nazri (BN-Padang Rengas) supaya akta tersebut ditambah baik dan dimodenkan mengikut peredaran masa.
Sebelum ini, Nazri berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu memperkukuh Akta Hasutan dengan melakukan kajian teliti bagi memastikan ia sesuai dengan situasi semasa bukan menghapuskannya.
Pada 13 Ogos lalu, Nazri berkata, akta yang telah lama wujud itu perlu dimodenkan bersesuaian dengan situasi sekarang.
Umavathi Ramayah
Mon Aug 17 2020

Mohd Shahar Abdullah berkata, undang-undang itu penting untuk terus mengekalkan kestabilan keselamatan negara terutamanya dalam membabitkan isu-isu membabitkan hubungan antara kaum. - Gambar fail/BERNAMA

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'
Anjing peliharaannya, Koji dan Gustav dipercayai dilarikan perompak dalam insiden tembakan di Hollywood.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin
Kerajaan perlu meneliti jalan terbaik panggil PATI atau pekerja tanpa dokumen sah, tampil ke hadapan dapatkan suntikan vaksin COVID-19.

10,000 orang awam di Samarahan sudah daftar program vaksinasi
Kira-kira 10,000 orang awam di Samarahan telah berdaftar bagi menyertai program imunisasi COVID-19 fasa kedua dan ketiga.

Komen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Steven Gan dan Charles Santiago
Ia dipercayai berhubung reaksi mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Mkini Dot Com Sdn Bhd bersalah Jumaat lepas.

Cerca, carut pemimpin di media sosial kini penyakit mental No. 1, perlu tindakan tegas - Kaukus Dewan Negara
Razali mencadangkan rang undang-undang baharu berkenaan cercaan, hasutan dan carutan diperkenalkan atau undang-undang sedia ada dipinda.

Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.

Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
Difahamkan, kehadiran beliau ke ibu pejabat tersebut adalah susulan kenyataan beliau berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Mac lalu.

Hina Agong: ADUN Sungai Pelek dibebaskan dengan jaminan polis
Terdahulu, dilaporkan Liu ditahan polis di IPD Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes itu menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.

Akta Hasutan relevan namun perlu dimodenkan - Timbalan Menteri
Kerajaan menyifatkan Akta Hasutan 1948 masih relevan untuk dikekalkan.

Editor buku disyaki hina Jata Negara dikesan berada di Australia
Editor buku 'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia', Kean Wong, yang gambar kulit buku terbabit didakwa menghina Jata Negara, dikesan berada di Australia.

Syed Saddiq dipanggil rekod keterangan di Bukit Aman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk direkodkan keterangan berhubung temu bual beliau dengan Al Jazeera pada 6 Mac lalu.