PUTRAJAYA: Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Untuk tujuan itu, beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Kementerian Komunikasi akan mengadakan sesi pertemuan dan libat urus dengan pihak berkepentingan, bagi meneliti aspek yang boleh ditambah baik, dalam akta berkenaan.
Ia kesinambungan kepada dasar yang telah diputuskan sekitar Ogos 2022...isu-isu melibatkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 contohnya, yang mana ramai dalam kalangan Ahli Parlimen punyai pandangan tegas tetapi masa yang sama ada yang berpandangan adakah akta ini cukup kuat atau tidak," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Beliau berkata perkara tertentu antaranya nilai atau denda yang terdapat dalam akta tersebut telah lama dan perlu diteliti semula.
"Ada beberapa faktor yang kita akan teliti, satunya nilai dalam konteks kalau saya sebutkan mengenai pematuhan standard sebagai contoh nilai (denda) waktu ini ialah nilai berdasarkan nilai mata wang ringgit pada 1998 dan saiz ekonomi waktu itu.
"Kalau kita bandingkan, apakah nilai sesuai dan manfaat keadaan hari ini dan sekiranya ada perubahan nilai tersebut ia adalah pada kadar dan nilai bersesuaian dengan keadaan ekonomi," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada perincian pencarian semula pesawat Malaysia Airlines MH730 dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, Fahmi berkata perkara itu belum dibawa untuk perbincangan mesyuarat kali ini.
"Belum lagi dibawa maklumat tersebut untuk dibincang dalam Kabinet tetapi saya percaya dalam minggu akan datang, laporan itu akan dibentangkan. Laporan daripada Menteri Pengangkutan Anthony Loke," katanya.
Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum ini dilaporkan memberi jaminan akan melakukan segala yang mungkin bagi mendapatkan kelulusan Kabinet, menandatangani kontrak baharu dengan Ocean Infinity, untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines MH730 yang hilang 10 tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat bagi penerbangan MH370 Malaysia Airlines hampir sedekad lepas, sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Fahmi berkata perkara tertentu antaranya nilai atau denda yang terdapat dalam akta tersebut telah lama dan perlu diteliti semula. - Gmbar fail/Bernama
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.