awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

Akta MARA akan dipinda, pastikan tatakelola baik dan kekal relevan - TPM Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
11/11/2025
04:25 MYT
Akta MARA akan dipinda, pastikan tatakelola baik dan kekal relevan - TPM Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 akan dipinda bagi memastikan agensi itu terus relevan dan ditadbir dengan tatakelola yang baik.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pindaan tersebut penting kerana MARA, sebagai satu konglomerat dengan aset melebihi RM23 bilion, perlu diurus dengan cekap.
"MARA mesti diuruskan dengan terbaik dan kembali kepada core business terdahulu yang bertepatan dengan tujuan penubuhannya... kesilapan oleh kepimpinan terdahulu harus diperbetulkan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.
"Kita mesti membuktikan bahawa MARA berada di landasan yang betul dan, insya-Allah, dengan aset, pelaburan dan keuntungan sedia ada, MARA akan mampu berdiri sendiri untuk membiayai semua aktiviti yang ditetapkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera," tambah beliau.
Ahmad Zahid berkata MARA diberi tempoh enam bulan untuk merangka rang undang-undang bagi pindaan tersebut.
Sementara itu, beliau berkata pindaan Akta Orang Asli 1954 kini berada di peringkat akhir dan telah mendapat persetujuan kerajaan negeri.
"Yang paling penting ialah persetujuan daripada kerajaan negeri kerana ia melibatkan soal tanah dan beberapa aspek berkaitan bidang kuasa kerajaan negeri.
"Di peringkat KKDW dan Jabatan Orang Asli, perkara ini telah diselesaikan, malah saya telah membawanya ke persidangan Menteri-Menteri Besar baru-baru ini," katanya.
Akta Orang Asli 1954 sedang dipinda bagi mempertahankan dan mempertingkatkan hak masyarakat Orang Asli dengan meliputi tujuh aspek iaitu tanah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, kepimpinan, infrastruktur dan kebudayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Akta MARA
#MARA
#Akta Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.