Skip to main content

Malaysia

Akta Pendanaan Politik: Pendanaan awam diperlukan, namun Malaysia belum bersedia 

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Prinsipal Pengurusan Graymatter Forensics Advisory Sdn Bhd, Raymon Ram.  Kerajaan perlu meningkatkan usaha membendung scam atau penipuan kewangan secara dalam talian, yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan perdagangan, pelancongan, keyakinan pelabur serta keinginan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama.  Ketika membuat gesaan itu Raymon Ram turut mendedahkan bahawa sindiket jenayah terancang semakin giat menggunakan scam dalam talian, dan disifatkan telah men
Raymon Ram berkata jika konsep pendanaan awam diperkenalkan, terlebih dahulu pelaksanaannya perlu mempunyai aspek perlindungan yang kukuh bagi memastikan pengurusan dana awam yang telus dan bertanggungjawab. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) berpendapat pendanaan awam kepada parti politik wajar diperkenalkan di Malaysia bagi mengurangkan kebergantungan parti terhadap penderma korporat, namun negara ini masih belum bersedia untuk melaksanakannya berikutan kurangnya kepercayaan terhadap institusi awam.

Presidennya Raymon Ram berkata jika konsep pendanaan awam diperkenalkan, terlebih dahulu pelaksanaannya perlu mempunyai aspek perlindungan yang kukuh bagi memastikan pengurusan dana awam yang telus dan bertanggungjawab.

“Daripada perspektif TI, ya kita sepatutnya mempunyai (pendanaan awam). Adakah kita sudah bersedia untuk melaksanakannya? Tidak,” katanya ketika menjadi panel Political Financing Reform Forum: Balancing Transparency, Accountability and Democratic Participation anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Turut terlibat forum berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Aira Azhari sebagai moderator; dan Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Gunawan Che Ab Aziz sebagai panel pertama.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Mazrol Nizam Abdullah  sebagai panel ketiga, manakala dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi William Leong Jee Keen yang juga Ahli Parlimen Selayang sebagai panel terakhir.

Beliau berkata antara perkara utama yang perlu diwujudkan ialah formula yang jelas dan mudah difahami orang awam bagi menentukan pengagihan dana, termasuk rasional pemberian dana berkenaan serta bagaimana menentukan jumlah yang diterima oleh setiap parti. 

“Pendedahan lengkap bukan sahaja mengenai jumlah wang yang diberikan, tetapi bagaimana wang itu akan dibelanjakan, dan perlu ada badan pengawasan? Mengenai bagaimana dana itu dibelanjakan, disimpan, diperuntukkan dalam belanjawan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Gunawan berkata SPRM pada prinsipnya tidak mempunyai halangan terhadap pelaksanaan pendanaan awam kerana ia telah diamalkan di beberapa negara, namun kesesuaian model berkenaan perlu dinilai berdasarkan keadaan politik, ekonomi dan demografi negara.

Beliau berkata cadangan pembiayaan awam pernah dikemukakan ketika pasukannya menyediakan draf terdahulu berkaitan undang-undang pendanaan politik, namun ketika itu kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan dan ia tidak dimasukkan dalam draf berkenaan.

Sementara itu, Leong berkata pendanaan awam boleh membantu mengubah persepsi bahawa wakil rakyat atau kerajaan yang memerintah secara automatik mempunyai akses kepada dana untuk diagihkan kepada rakyat, selain mengurangkan tekanan terhadap parti politik untuk mendapatkan pembiayaan daripada individu dan syarikat.

“Pendanaan awam menyelesaikan banyak masalah kita,” katanya sambil menambah bahawa konsep itu mesti bergerak seiring dengan usaha mewujudkan kepercayaan orang ramai dan tidak berat sebelah bagi menjamin undang-undang tidak dijadikan senjata terhadap pihak lawan politik.

Beliau berkata dana pembangunan kawasan (CDF) perlu dibezakan daripada pendanaan politik awam, kerana maksud pendanaan awam untuk pendanaan politik merujuk kepada peruntukan kerajaan kepada parti politik bagi tujuan operasi seperti membayar sewa, gaji dan perbelanjaan parti, dan bukannya wang untuk diagihkan kepada pengundi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement