awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti berbasikal secara berkumpulan di lebuh raya tanpa kebenaran, diharamkan

Bernama
Bernama
09/03/2017
05:20 MYT
Aktiviti berbasikal secara berkumpulan di lebuh raya tanpa kebenaran, diharamkan
Larangan tersebut demi mengelakkan risiko kemalangan penunggang basikal seperti yang terjadi ke atas lapan remaja di Johor Bahru, bulan lepas. - Gambar fail
Penunggang basikal tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti berbasikal berkumpulan di lebuh raya terutama laluan yang mempunyai tiga lorong.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata larangan berkenaan bertujuan mengelakkan kemalangan melibatkan penunggang basikal berikutan perbezaan kelajuan yang amat ketara antara basikal dan kenderaan lain.
"Kementerian Pengangkutan sentiasa tingkatkan kempen keselamatan jalan raya dan berusaha dengan agensi lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis dan penguat kuasa tempatan.
"Kami juga akan pastikan jalan raya yang sepatutnya untuk kenderaan bermotor lebih selamat dengan tidak membenarkan basikal, termasuk yang diubah suai, menggunakan laluan lebuh raya kerana laluan ini tiga lorong dan menyebabkan kenderaan laju serta meningkatkan risiko kemalangan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang ingin tahu langkah kementerian bagi mengurangkan risiko kemalangan penunggang basikal selepas insiden lapan remaja maut dilanggar di Johor Bahru, bulan lepas.
Beliau berkata sekiranya kumpulan berbasikal ingin menggunakan lebuh raya, mereka perlu mendapatkan permohonan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis untuk memantau keselamatan konvoi berkenaan.
Penunggang basikal juga hendaklah memakai pakaian keselamatan semasa menunggang manakala ibu bapa memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak mereka semasa menyertai aktiviti berbasikal.
Menjawab soalan asal Normala mengenai tindakan kepada pemandu kenderaan yang terlibat dengan kemalangan maut dan mengakibatkan kecederaan parah di Johor Bahru itu, Liow berkata polis sedang menyiasat kes tersebut.
"Sebarang tindakan undang-undang berhubung perkara ini akan diambil dengan sewajarnya oleh pihak polis dan Jabatan Peguam Negara berdasarkan siasatan yang dijalankan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kemalangan
#Liow Tiong Lai
#remaja berbasikal
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan