awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup

Bernama
Bernama
22/10/2024
12:41 MYT
Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup
Penutupan sementara Hutan Simpan Kekal dan Taman Eko Rimba di Pahang itu susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan. - Gambvar hiasan/Unsplash
KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memaklumkan penutupan sementara Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri, kawasan ekopelancongan dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri berkenaan, susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, jabatan berkenaan memberitahu penutupan sementara yang bermula semalam (21 Okt) sehingga satu tarikh akan dimaklumkan kelak, bagaimanapun tidak melibatkan Mossy Forest di Cameron Highlands.
"Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua dan lain-lain aktiviti riadah, adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.
"Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 09-5732911/2914," menurut kenyataan itu.
Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dipetik berkata pihaknya meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) berlaku pada awal bulan depan, berdasarkan faktor klimatologi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penutupan sementara
#Hutan Simpan Kekal
#taman eko rimba
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan