awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti melombong bitcoin terbongkar, seorang lelaki ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/01/2022
03:26 MYT
Aktiviti melombong bitcoin terbongkar, seorang lelaki ditahan
Polis merampas 180 unit dipercayai mesin mining Bitcoin satu unit router WIFI, lapan buah network adaptor dan tiga unit modem WIFI. - Foto ihsan PDRM
LANGKAWI: Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan mata wang bitcoin dan penyambungan elektrik secara haram yang dilakukan seorang lelaki di Taman Simfoni, Langkawi pada Selasa.
Perkara itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Langkawi membuat serbuan selepas menerima aduan daripada orang awam terdapat aktiviti mencurigakan di premis terbabit.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, serbuan jam 12.05 tengah malam itu membawa kepada penangkapan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai mengurus perlombongan bitcoin di premis terbabit.
“Lelaki yang ditangkap tersebut telah membawa pihak polis dan dengan dibantu oleh kakitangan Teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke sebuah premis berhampiran Persiaran Putera dan berjaya membuka pintu premis tersebut dengan menggunakan anak kunci yg telah dirampas dari lelaki yang ditangkap.
“Pemeriksaan di dalam premis tersebut menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan perlombongan jenis bitcoin dan disyaki menjalankan sambungan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian pada harta benda TNB,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menerusi serbuan itu polis merampas 180 unit dipercayai mesin mining Bitcoin satu unit router WIFI, lapan buah network adaptor dan tiga unit modem WIFI.
Shariman berkata, lelaki itu kemudiannya di bawa ke IPD Langkawi untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Bitcoin
#penyambungan elektrik haram
#Taman Simfoni
#Shariman Ashari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan