awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti sembelih korban perlu permit JPV - Exco Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/06/2022
21:45 MYT
Aktiviti sembelih korban perlu permit JPV - Exco Terengganu
Meskipun proses sembelihan korban itu boleh dilakukan seperti di rumah, masjid dan surau namun ia perlu dipastikan mempunyai permit yang sah. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Aktiviti penyembelihan ternakan korban sempena Aidiladha di Terengganu perlu mendapat permit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata, ia bagi memastikan haiwan yang disembelih itu bebas daripada sebarang penyakit dan menjamin keselamatan makanan.
Katanya, meskipun proses sembelihan korban itu boleh dilakukan seperti di rumah, masjid dan surau namun ia perlu dipastikan mempunyai permit yang sah.
"Permit ini bukan bertujuan menyusahkan cuma kita hendak pastikan haiwan itu melalui pemeriksaan ujian-ujian yang perlu dan ia sihat.
"Kerana, kita bimbang haiwan yang disembelih dijangkiti wabak penyakit terutama yang diistilahkan penyakit haiwan yang boleh berjangkit kepada manusia.
"Ada penyakit haiwan yang tidak berjangkit kepada manusia, seperti penyakit kuku dan mulut, hawar berdarah, LSD. Tetapi ada penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia," katanya.
Beliau turut memberi jaminan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu mencukupi sekali gus bebas daripada penyakit seperti hawar berdarah serta penyakit kulit kental (LSD).
Justeru, suntikan vaksin ke atas haiwan ternakan telah dilakukan di setiap daerah bermula bulan lalu.
Sementara itu Dr Azman turut mengakui kemudahan rumah sembelihan haiwan di negeri berkenaan juga tidak mencukupi.
Terdahulu umat Islam di Terengganu dibenarkan melakukan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini di perkarangan rumah, masjid atau surau.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ibadah itu juga boleh dilakukan di rumah sembelihan JPV, rumah sembelihan swasta yang berlesen atau kawasan lapang.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#permit
#penyembelihan ternakan
#JPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan